Amalan moden Hari_Tahun_Baharu

1 Januari menandakan berakhirnya tempoh mengingati peristiwa-peristiwa tahun yang berlalu, terutamanya di radio, televisyen, dan dalam akhbar, yang biasanya dimulakan selepas hari Krismas. Hasil penerbitan sering mengeluarkan rencana akhir tahun yang mengimbas kembali perubahan yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Topik-topik yang sering dibincangkan termasuk politik, bencana alam, muzik dan seni, dan senarai individu terpenting yang meninggal dunia sepanjang tahun yang lalu. Selalunya ada juga rencana mengenai perubahan yang dirancang atau dijangka pada tahun akan datang, seperti menghuraian undang-undang baru yang selalu berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Secara tradisi, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan, tetapi sejak 1900-an telah menjadi upacara keraian pada malam 31 Disember, iaitu Malam Tahun Baru. Pertunjukan bunga api sering diadakan pada tengah malam. Bergantung kepada undang-undang sesebuah negara, orang ramai boleh dibenarkan menyala bunga api, meskipun dilarang berbuat demikian pada hari-hari lain.

Membuat azam Tahun Baru menjadi peristiwa yang penting, iaitu apa yang seseorang yang berharap akan tunaikan pada tahun akan datang; antaranya berhenti merokok atau minum arak, mengurangkan berat badan atau meningkatkan kesihatan fizikal.[perlu rujukan]

Di semua negara yang menggunakan kalendar Gregory, kecuali Israel, Hari Tahun Baru ialah cuti umum.